“Turunkan ego dan mula hargai…,”- Mia Ahmad mahu lebihkan masa bersama keluarga

Dari Penulis

SEBAGAI seorang anak, di akui ada melakukan perkara yang mengguriskan hati ibu dan bapa sama ada secara sedar atau sebaliknya.

Tidak terkecuali, pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 34, meluahkan rasa sebak di laman Instagramnya apabila mengingatkan kembali tingkah lakunya terhadap kedua orang tuanya sebelum ini.

“Ibu saya yang cantik. Dia cakap betapa menyesalnya sebab dulu dia sibuk sangat dengan kerja dan lupa akan tanggungjawab pada anak-anak.

“Nak nangis sebab kami anak-anak pun terlalu banyak dosa pada ayah dan mak,” katanya.

Tambah pelakon drama Hati Perempuan itu lagi, dia mahu manfaatkan ruang yang ada pada ketika ini dengan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang.

Malah, Mia turut menegaskan hubungan sesama keluarga dapat diperbaiki apabila merendahkan sifat ego dalam diri dan belajar untuk lebih menghargai antara satu sama lain.

“Jadi sekarang ini kami sama-sama qada’ kasih sayang antara satu sama lain. Ia tidak pernah terlambat. Syukur ya Allah hadirkan rasa ini buat kami.

“Tak ada hubungan yang sempurna, turunkan ego dan mula hargai. Saya sangat sayangkan mak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mia memaklumkan keadaan kesihatan ibunya yang tidak begitu baik dan memohon orang ramai untuk mendoakan ibunya kembali sembuh.

“Mak saya tak berapa sihat, minta semua doakan kesembuhan mak saya ya,” tambahnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This