PH atasi kelemahan-kelemahan, atur strategi hadapi PRU-15

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) akan melaksanakan beberapa tindakan termasuk mengadakan konvensyen dan pemukiman pimpinan parti itu untuk menggilap semula idealisme perjuangan dan penyokongnya serta membincangkan persiapan keseluruhan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan menyebut, susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu lepas, parti itu akan berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dengan segera terutama mengatur semula strategi bagi menghadapi PRU-15.

Majlis Presiden PH mengakui kelemahan antaranya melibatkan isu pertandingan pelbagai penjuru parti pembangkang sendiri, logo, peratusan keluar pengundi yang rendah serta aspek penerangan dan komunikasi PH berhubung isu-isu semasa yang menyebabkan gabungan itu hanya memenangi 12 kerusi.

“Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh diatasi oleh satu parti atau dengan satu ikhtiar sahaja tetapi perlu diurus bersama dan secara menyeluruh,” menurut kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Rafizi mahu tanding Timbalan Presiden, bukan Presiden

Kenyataan itu memaklumkan PH juga akan berusaha membina kerjasama dalam kalangan parti pembangkang agar dapat bersama menolak Barisan Nasional (BN).

“Parti-parti pembangkang tidak harus bertanding hanya di kawasan PH yang akan mengurangkan undi gabungan berkenaan sekali gus secara tidak langsung meningkatkan peluang kemenangan BN,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, PH bertekad menetapkan dasar-dasar ekonomi mampan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat seperti isu pengangguran, kos sara hidup, pengurusan pandemik COVID-19 serta mahu Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Parlimen dengan pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This