KETERBUKAAN dan jiwa besar yang ditonjolkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad disifatkan contoh sikap seorang negarawan sejati.
Sikap ditampilkan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor itu terbukti selepas berjiwa besar dengan membuka jalan dan mencadangkan pemimpin muda dari kilang Pemuda UMNO untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut merakamkan penghargaan tertinggi kepada Hasni atas sumbangan menerajui Kerajaan Negeri Johor selama dua tahun.
Pada masa sama, beliau turut menghargai sumbangan Hasni yang menjadi arkitek penting kemenangan dua pertiga Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.
“Jiwa besarnya yang membuka jalan dan mencadangkan pemimpin muda untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor adalah contoh sikap negarawan sejati.
“Saya minta sidang perwakilan untuk bangun memberikan tepukan gemuruh buat Hasni.
“Saya juga minta semua perwakilan memberikan tepukan semangat kepada Menteri Besar muda kita, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga merupakan bekas pemimpin daripada kilang Pemuda,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Pemuda UMNO cadang tiga agenda transformasi budaya politik
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2021, hari ini.
Onn Hafiz yang turut hadir dalam perhimpunan itu kelihatan bangun tangan kanannya di dada sebagai tanda terima kasih.
Onn Hafiz, 44, yang merupakan anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menewaskan tiga pencabarnya di kerusi DUN Machap dengan majoriti 11,029 undi.
On Hafiz juga merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar serta cucu kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

