Tiada kompromi! Pengurusan Mara diarah ambil tindakan tegas kes buli di MRSM – Asyraf

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PIHAK pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarah mengambil tindakan tegas terhadap aduan kes buli yang didakwa berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Perak.

Reaksi itu diberikan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas menerima aduan kes buli berkenaan di ruangan komen hantaran beliau di media sosial, hari ini.

“Sudah saya arahkan pengurusan Mara ambil tindakan tegas tiada kompromi. Tiada tempat untuk pembuli di MRSM,” tegas beliau.

Menerusi aduan tersebut, pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Nizam memaklumkan bahawa setakat ini tiada tindakan diambil walaupun laporan sudah dibuat kepada pihak pengurusan.

Dalam aduan tersebut Khairul Nizam menyatakan suspek yang terdiri daripada sembilan orang pelajar sudah pun dikenal pasti dan mangsa melibatkan pelajar Tingkatan 1.

Pembuli didakwa menggunting, menghantar surat layang beserta ugutan selain dikesan menconteng dan melakukan penderaan mental.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This