Lebih 34 peratus kanak-kanak telah menerima vaksin dos pertama COVID-19 setakat semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

SERAMAI 1,209,694 atau 34.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan laman web COVIDNOW, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,840,296 individu atau 91.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, manakala 2,939,622 individu atau 94.5 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, setakat semalam.

Bagi populasi dewasa, seramai 15,393,296 individu atau 65.4 peratus telah menerima dos penggalak COVID-19, seramai 22,939,552 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,215,558 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 naik kepada 26,534, lebih 15,000 kategori 2

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 47,773 dos vaksin diberikan meliputi 12,788 dos pertama, 1,927 dos kedua dan 33,058 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,328,203.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 105 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak merekodkan angka tertinggi sebanyak 21 kes, diikuti Kedah (17), Johor (13), Selangor (12) dan tujuh kes masing-masing di Pahang dan Kuala Lumpur.

Sabah dan Melaka masing-masing merekodkan lima kes, Pulau Pinang (empat), masing-masing tiga kes di Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu, manakala Kelantan dan Perlis masing-masing merekodkan dua kes serta Putrajaya (satu).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram