11 cedera dirempuh pemandu HR-V mabuk

Dari Penulis

SEORANG pemandu Honda HR-V berusia 57 tahun yang memandu dibawah pengaruh alkohol merempuh dua kenderaan, lapan pelanggan sebuah restoran serta dua pejalan kaki dalam satu kejadian pukul 9.30 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang memandu dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar telah hilang kawalan sebelum melanggar sebuah Lexus yang diparkir di kiri bahu jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, kenderaan Lexus bergerak ke hadapan dan melanggar Perodua Axia, lapan pelanggan dan dua pejalan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 4 maut dalam kemalangan babitkan 2 kereta dekat Pendang

Ujarnya, polis sudah menahan lelaki itu yang mana saringan awal kandungan alkohol di dalam badan didapati melebihi had yang ditetapkan.

“Pemandu telah ditangkap dan direman untuk siasatan lanjut. Kes diklasifiasikan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kesemua 11 yang cedera termasuk pemandu Lexus, lapan pelanggan restoran serta dua pejalan kaki telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sabah catat penurunan penagih dadah 5.9 peratus

SABAH mencatatkan penurunan sebanyak 5.9 peratus dalam jumlah penagih dadah yang dikesan sepanjang tahun lalu. Ketua Menteri Sabah, Datuk...

More Articles Like This