Polis panggil 10 pemilik kereta mewah viral

Dari Penulis

SEBANYAK 10 pemilik kereta mewah yang berhenti di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sedenak, Jumaat lepas, akan dipanggil petang ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ia membabitkan tiga kesalahan iaitu memandu secara melulu, memukul pemandu wanita dan membuat halangan di jalan raya.

Setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan polis yang dibuat pemandu wanita Ford Ranger yang mendakwa dirinya dipukul kumpulan konvoi tersebut.

“Pemandu perempuan (Ford Ranger) sudah membuat laporan polis mendakwa dia dipukul,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Baca artikel berkaitan: Wanita Ford Ranger langgar Lamborghini hijau ditahan polis

Katanya, pihaknya mendapati pemandu wanita itu tidak mabuk dan dia mungkin panik.

UtusanTV semalam melaporkan, Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita yang memandu Ford Ranger berusia 28 tahun ditahan pukul 1 pagi Isnin selepas hadir membuat laporan.

Sampel darah dan air kencing wanita itu telah diambil dan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisis.

Wanita yang berasal dari Yong Peng itu merupakan seorang ahli perniaga direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh) yang boleh membawa hukuman dua tahun penjara atau denda jika disabit kesalahan.

Insiden kenderaan mewah berhenti di tengah-tengah lebuh raya itu tular sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna jalan raya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This