GARA-GARA keceluparan tak bertempat mengejek isteri kepada Will Smith, Jada Pinkett-Smith muncul dengan imej botak, aktor terkenal itu melempang Chris Rock ketika Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.
Insiden itu berlaku di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).
Smith sebelum itu dilihat menaiki pentas kerana berang dengan kata-kata Rock, dan kemudian bertindak melempang dan terus toleh ke belakang lalu berjalan turun dari pentas serta kembali ke tempat duduknya.
Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan, lapor Astro Awani.
‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Dokumentari Terbaik.
Baca artikel berkaitan: Hilang orang tersayang, Amylea curahkan emosi dalam lakonan
Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.
Namun, Rock tidak menyedari tindakannya itu hanya mengundang kemarahan Smith yang juga calon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard.
Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.
Kepada Smith, apa yang disebut Rock bukan lagi gurauan, sebaliknya, tindakan itu satu penghinaan.
Seluruh penonton yang menghadiri acara anugerah itu tergamam melihat apa yang berlaku di pentas.
Menurut laporan portal berita antarabangsa, ejen publisiti Smith, Meredith O. Sullivan bergegas menuju ke arah pelakon ternama itu dan mengajaknya berbincang ketika siaran berhenti rehat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

