“Al-Quran mudah difahami” – Will Smith dedah sudah selesai baca 30 juzuk

Dari Penulis

BINTANG terkemuka Hollywood, Will Smith,56, membuat pendedahan telah membaca 30 juzuk Al-Quran pada Ramadan tahun lalu.

Menurut pelakon utama Men In Black itu, dia mula tergerak hati untuk membaca kitab suci berkenaan ketika berdepan dengan pelbagai dugaan dan kegetiran hidup sejak dua tahun lalu.

Smith menyifatkan Al-Quran sangat jelas dan mudah difahami baginya.

“Ayat dalam Al-Quran sangat mudah untuk difahami. 

“Maksud dalam setiap ayat agak telus, suci dan jelas seperti kristal.

“Saya kagum membaca banyak rujukan mengenai Nabi Isa dalam Al-Quran,” katanya.

Smith juga mendedahkan turut membaca tiga kitab lain iaitu Taurat, Zabur dan Injil.

Katanya, dia kagum bagaimana dalam kitab suci Al-Quran berkait rapat seperti satu jalan cerita.

Smith berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual podcast Big Time bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This