GARA-GARA melihat ibu bapa bertengkar seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditetak ayahnya sendiri dalam satu kejadian awal pagi kelmarin di Kuningan, Jawa Barat.
Malah dalam saat tegang itu, si ayah kemudian cuba mencederakan anak perempuannya, tetapi si ibu berjaya menghalang sebelum dirinya turut menjadi mangsa tetakan parang sang suami.
Akibat kejadian itu, isteri suspek mengalami luka sepanjang 10 sentimeter pada leher, dan turut cedera di tangan kiri serta kanan sedalam lima sentimeter.
Anak lelaki mangsa pula cedera pada bahagian kepala dan menerima 10 jahitan selepas menerima rawatan di hospital.
Memetik laporan, Sumeks.co, semuanya terjadi selepas si suami bertengkar dengan isterinya, yang kemudian dilihat oleh kedua-dua anaknya.
Baca artikel berkaitan: ‘Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40!’ – Pensyarah viral
Suspek kemudian naik berang lalu menetak anak lelakinya dalam kejadian pada 28 Mac lalu, kira-kira pukul 5 pagi.
Suspek yang berusia 42 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan sebelum bertindak ganas.
Isteri mangsa yang berusia 35 tahun berjaya menyelamatkan kedua-dua anaknya itu dengan berlari keluar rumah dalam keadaan diri sendiri cedera ditetak suspek.
Suspek berjaya ditangkap penduduk setempat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Anak mangsa yang menerima rawatan sudah dibenarkan keluar hospital, tetapi isteri suspek masih menerima rawatan Hospital Wijayakusuma, Kuningan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

