“Lagu ini muncul di kala saya berada di satu tahap paling rendah dalam kehidupan…,” – Yana

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TIADA yang mampu menghalang penyanyi Yana sejak dia memasuki industri muzik tempatan.

Biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, dia berjaya menjenamakan dirinya semula dengan menggunakan nama pentas yang baharu.

Tidak lagi menggunakan nama kelahirannya Shalma Eliana untuk dunia seni sejak beberapa bulan lalu, Yana yang ‘baharu muncul’ ini sudah mula mencuri perhatian serantau selepas melancarkan balada Bahasa Inggerisnya yang pertama berjudul Your Loss tidak lama dahulu.

Kini sudah bersedia untuk lebih banyak pengalaman, Yana kembali dengan sebuah lagi karya berbahasa Inggeris berjudul I Need You, sebuah lagu yang ditulis di dalam bilik tidurnya sendiri untuk meluahkan penghargaannya terhadap mereka yang dia sayangi.

“Lagu ini muncul di kala saya berada di satu tahap yang paling rendah dalam kehidupan dan teman-teman sayalah yang membantu saya untuk melalui fasa tersebut.

“Itu membuat saya sedar betapa pentingnya kehadiran serta sokongan rakan-rakan ketika itu dalam membantu saya untuk bangkit semula,” katanya.

Digubah dan ditulis oleh Yana sendiri di bawah nama asalnya Shalma Eliana, ia juga diterbitkan oleh penerbit yang kian meningkat naik, SeaTravel.

“Lagu yang menjelaskan kepentingan sistem sokongan ini ditujukan buat rakan-rakan saya dan ia juga datang dengan sebuah video muzik hebat yang dirakam di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Ia menunjukkan betapa kita semua saling memerlukan. Malah, kawan-kawan rapat saya turut muncul dalam video muzik ini dan itu memudahkan proses kerana kami tidak perlu membuat sebarang lakonan. Semuanya adalah semula jadi.

“Saya juga mahu semua orang sedar bahawa hidup kita sangat beruntung dengan pelbagai nikmat walau ada cabarannya. Jadi, ia sangat penting untuk kita menghargai semua ini dalam melihat keindahan dunia.

“Hasil lagu ini memenuhi jangkaan dan harapan saya, jadi saya harap para pendengar akan menyukainya dan saya juga harap akan dapat menemui kelompok pendengar yang baharu. Semoga semua orang mampu menghargai serta merasai maksud lagu ini,” ujarnya.

I Need U sudah berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 25 Mac lalu.

Manakala video liriknya juga akan ditayangkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada tarikh dan waktu yang sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This