Sofia Raniya: Polis tolak unsur culik, terikut kawan

Dari Penulis

SIASATAN awal polis berhubung kehilangan Sofia Raniya yang ditemukan semula dalam keadan selamat malam tadi, mendapati kanak-kanak berusia lapan tahun itu tersalah menaiki bas ketika pulang dari sekolah petang semalam.

Berikutan itu, polis menolak kemungkinan terdapat unsur culik berhubung kes itu dan sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan culik melibatkan kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata berdasarkan keterangan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras, kanak-kanak itu dikatakan mengikut kawan-kawannya menaiki bas.

“Kanak-kanak itu ditemukan di sebuah pondok pengawal keselamatan sebuah kondominium di Cheras,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur hari ini.

Azmi berkata polis memandang serius akan perkara itu dan berharap terdapat inisiatif pihak terlibat untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, antaranya meletakkan tanda khas di van sekolah bagi memastikan murid tidak keliru.

Baca: Sofia Raniya ditemui, ibu kata tak pernah guna van sekolah

“Mungkin ada kekeliruan berlaku khususnya anak-anak yang baru pertama kali naik bas. Jadi mungkin disebabkan kekhilafan ini, perkara seperti semalam berlaku ke atas kanak-kanak itu,” katanya.

Semalam, tular di media sosial mengenai kehilangan Sofia Raniya yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras, selepas ibunya tidak menemukan kanak-kanak itu di sekolah semasa mahu mengambilnya.

Kanak-kanak itu ditemukan selamat malam tadi di Bandar Tun Razak di Cheras dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This