Malaysia, Indonesia setuju perkasa Bahasa Melayu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Indonesia mencapai kata sepakat untuk memperkasakan bahasa Melayu yang juga bahasa serumpun kedua-dua negara di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Champa, Kemboja dan Filipina merupakan bahasa Melayu serumpun.

Menurut Perdana Menteri, beliau dan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi juga bersetuju untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.

Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan, beliau dan Jokowi turut bersetuju memperkasa bahasa tersebut yang mungkin boleh dijadikan sebagai bahasa ASEAN satu hari nanti.

“Kita juga bersetuju dan berterima kasih kepada Bapa Presiden (Jokowi) kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun.

“Kita bersetuju di setiap persidangan antarabangsa, Bapa Presiden dan saya akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Joko Widodo di Jakarta, hari ini, selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Malaysia, Indonesia meterai MoU PDI hari ini

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, pertemuan dua hala tersebut turut membincangkan tentang potensi pelaburan Malaysia di Kalimantan Timur dengan pembukaan ibu negara baharu Indonesia iaitu Nusantara.

Katanya, beliau dan Jokowi bersetuju supaya pembangunan di kawasan sempadan kedua-dua negara akan diperhebatkan.

“Saya telah pun bersetuju dengan Bapa Presiden supaya mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan sama ada di Malaysia atau di sebelah Indonesia.

“Saya berterima kasih kerana Bapa Presiden bersetuju untuk kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti,” jelas beliau.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju harga minyak kelapa sawit patut ditentukan secara bersama antara Malaysia dan Indonesia.

Kata beliau, kedua-dua negara tidak perlu bersaing dari segi penetapan harga.

“Kami turut berbincang mengenai harga minyak kelapa sawit memandangkan kedua-dua negara adalah pengeksport utama minyak sawit.

“Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara yang menguasai keseluruhan dari segi eksport minyak kelapa sawit,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This