SEORANG guru bertindak merotan muridnya sebanyak lima kali selepas pelajar tersebut meminta rakannya yang duduk di hadapan membuka songkok kerana menghalang pandangannya di dalam kelas.
Bapa kepada murid Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Cheras, Kuala Lumpur itu kemudiannya membuat laporan polis pada 9.05 malam tadi mengenai tindakan guru tersebut merotan anaknya yang berusia 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, guru terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan murid itu yang meminta rakannya menanggalkan songkok kerana dia sukar melihat tulisan di papan putih.
“Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid terbabit lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya. Murid terbabit kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
“Pegawai penyiasat kes hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

