AHLI kumpulan nasyid popular Raihan, Abu Bakar meminta semua pihak untuk tidak menjatuhkan hukuman dan memandang buruk susulan penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan memiliki dan menanam pokok ganja.
Abu Bakar atau nama penuhnya Abu Bakar Md Yatim, 52, berpendapat, penyanyi nasyid juga sama seperti insan lain yang mempunyai kelemahan serta kekurangan.
“Yasin merupakan sahabat kami dan kami kenal sebagai seorang sahabat yang baik.
“Kita semua tahu yang Yasin menghidap penyakit bipolar, tetapi kita tidak tahu apa yang sebenarnya sedang alami.
“Disebabkan itu, menghakimi dia bukanlah suatu perkara yang baik,” katanya kepada URTV.
Abu Bakar juga memohon orang ramai mendoakan urusan penyanyi Mimpi Laila itu dipermudahkan.
Kerjasama ini adalah yang kedua antara Raihan dan Alif selepas rakaman semula mereka melalui lagu Sesungguhnya pada 2019 yang begitu menarik perhatian pendengar hingga kini.
Menerusi The Sunnah The Better, lima buah lagu dirakam Raihan bersama Alif Satar & The Locos iaitu Bismillah, 25 Rasul, Assolatuwassalamm, Rayuan Rindu serta medley Puji Pujian & Syukur.
Raihan ditemui pada acara The Sunnah The Better di Hadramawt Kitchen, Ampang Jaya untuk mempromosikan album baharu kolaborasi antara Alif Satar & The Locos.
Terdahulu, Yasin yang menghadapi pertuduhan itu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di bawah Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Sesyen.
Yasin yang pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers ditahan pada 24 Mac lalu kerana memiliki ganja.
Semua lagu juga akan dimuat naik di saluran YouTube Alif Satar secara berperingkat mulai 3 April ini.

