Perasaan saya 50-50, kata Yasin Sulaiman

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PENYANYI dan komposer nasyid terkenal, Yasin Sulaiman mengakui tidak dapat menjangka keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini pada akhir kes pembelaan bagi tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Ketika ditanya oleh pemberita sama ada dia menjangkakan keputusan mahkamah pada hari ini memihak kepadanya, Yasin sekadar menjawab: ‘Tidak dapat jangka (dengan keputusan hari ini), saya rasa 50-50’.

“Tapi apabila mengikuti perbicaraan itu, nampak ia ke arah kemenangan. Namun saya telah bersedia dengan apa jua keputusan,” tambahnya selepas prosiding itu selesai, petang ini.

Pendendang lagu ‘Kasihnya Laila’ itu bagaimanapun turut menzahirkan rasa syukur apabila tidak lagi perlu turun naik ke mahkamah selepas ini.

“Setelah 20 bulan saya turun naik mahkamah, Alhamdulillah harini semua berakhir dengan baik. Saya tidak akan datang ke sini lagi selepas ini,” katanya lagi.

Yasin turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang terlibat terutamanya pihak pendakwaan dan pegawai penyiasat yang sempat memohon maaf buat ahli keluarganya.

“Terima kasih buat pegawai penyiasat yang datang berjumpa dan memohon maaf daripada ahli keluarga mengatakan beliau hanya menjalankan tugas beliau. Saya mengerti dan terima kasih atas tugas yang teratur dan profesional.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan baik deri segi kewangan dengan membuka tabung dan juga doa kepada saya. Saya tak tahu bagaimana saya perlu balas jasa kalian.

“Saya minta maaf sangat-sangat atas sakit bipolar yang saya alami. Bukan kali ini sahaja, malah sebelum ini saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa, marah-marah dan maki hamun tidak kiralah ahli keluarga saya, rakan sejati dan mereka yang menyayangi saya,” ujarnya lagi.

Bapa dua anak itu turut memberitahu akan kembali ke industri hiburan sebaik selesai rawatan mentalnya itu apabila mengakui telah menyediakan beberapa lagu.

Terdahulu Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman,48, dilepas dan dibebaskan daripada ketiga-ketiga pertuduhan itu.

Baca: Yasin Sulaiman lepas, bebas kes dadah tapi hakim arah ke Tanjung Rambutan

Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan agar Yasin dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Ulu Kinta, Perak untuk menerima rawatan bagi masalah mental bipolar (BPD) yang dialaminya.

Hakim itu mengarahkan sedemikian sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This