Yasin lepas dan bebas, Mahkamah Rayuan batal hukuman penjara seumur hidup

Dari Penulis

PENYANYI dan komposer, Yasin Sulaiman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua tiga pertuduhan berkaitan dadah apabila Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan hukuman penjara seumuer hidup dan 16 sebatan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir yang dikemukakan oleh Yasin.

Justeru, hukuman penjara seumur hidup dan sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini diketepikan.

Panel hakim itu turut mengarahkan agar Yasin kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor, sepertimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini.

Sebelum ini pada 22 Ogos 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan Yasin.

Norashidah turut memerintahkan agar kesemua hukuman bagi kesemua pertuduhan itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 24 Mac 2022.

Di peringkat Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, Hakim Faiz Dziyauddin melepas dan membebaskan pendendang lagu ‘Mimpinya Laila’ itu, namun mengarahkannya agar ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga diperkenankan Sultan Selangor.

Mengikut pertuduhan pertama yang baharu, Yasin didakwa dalam miliknya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.


Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.


Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama.


Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam pada tarikh sama.


Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Billboard kempen PH Bukit Permai dikoyak, calon buat laporan polis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani, membuat laporan polis selepas mendakwa...

More Articles Like This