GURU Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut akan menerima sumbangan khas RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu sebagai tanda menghargai sumbangan besar lebih 70,000 orang yang berada dalam kelompok tersebut.
Katanya, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM35 juta bagi tujuan tersebut.
Menghargai sumbangan besar lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit dengan peruntukan 35 juta ringgit.
“Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion.
“Sebahagian peruntukan untuk memperkasa institusi pendidikan Islam yang mana RM150 juta dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.
“Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, bagi membantu penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran JAKIM, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak 100 ringgit.
Selain itu, katanya, bagi menyemai kesedaran terhadap Islam, Kerajaan akan meluncurkan ikhtiar wakaf al-Quran dengan niat untuk mencetak sejuta naskhah al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia dengan terjemahan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin dan Sweden.
Ujar beliau, usaha itu akan dilaksanakan JAKIM dengan kerjasama pihak seperti Yayasan Restu.
“Sebagai tanda persaudaraan, kita mengambil pendekatan membawa lebih 40 rakyat Palestin yang memerlukan rawatan kesihatan ke Malaysia.
“Bagi menyokong usaha pengumpulan bantuan atas tanggungjawab bersama, kerajaan mencadangkan skop pelepasan cukai untuk badan amal di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan diperluas meliputi sumbangan kepada bukan warganegara yang terjejas,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

