Anwar sedia berdebat, siap petik pantun pendekar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan dan menyahut seruan untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu Sapura Energy Bhd. (Sapura Energy).

Menurut Anwar, beliau bersedia untuk berdepan dan berdebat dengan Najib pada bila-bila masa.

Malah, kata beliau, sikapnya tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu apabila Ahli Parlimen Port Dickson itu turut pernah melontarkan cabaran sama kepada Najib.

Namun begitu, Anwar berkata, cabarannya lebih 10 tahun itu tidak disahut Najib.

Dalam kenyataan medianya, Anwar turut memetik serangkap pantun pendekar Melayu yang berbunyi:

Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang,
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.

“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut.

“Beliau kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut bail-out Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.

“Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Najib,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Saman AS$1.18 bilion: Mahkamah arah Najib fail pembelaan

Semalam, Najib menyahut cabaran Rafizi untuk berdebat mengenai isu Sapura Energy malah Ahli Parlimen Pekan itu turut mencabar Anwar untuk bersama-sama dalam satu pentas.

Najib turut mencabar supaya Anwar dan Rafizi berdepan dengan dirinya seorang untuk membahaskan mengenai isu tersebut.

“Rafizi nak debat isu Sapura? Boleh. Tapi panggil bos kamu Anwar Ibrahim debat dengan saya. Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau bantu dia.

“Dua lawan satu, tiada masalah.

“Ini seperti kes Azmin cabar debat dengan saya berhubung Felda pada Pilihan Raya Negeri Johor dan saya bersetuju dengan syarat Muhyiddin yang debat dengan saya. Azmin boleh debat bersama atau bantu Muhyiddin,” katanya menerusi hantaran Facebook, semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This