Enam cedera selepas MPV rempuh kedai roti di Da Nang

Dari Penulis

ENAM dilaporkan cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander merempuh sebuah kedai roti di Jalan Dien Bien Phu, Thanh Khe, Da Nang, Vietnam petang semalam.

Video kemalangan itu tular selepas berjaya dirakam kamera litar tutup kedai tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang.

Memetik laporan media tempatan, Kenh14, salah seorang saksi dilapor berkata, kereta berwarna putih itu dilihat dipandu dengan laju walaupun keadaan jalan raya ketika itu sesak.

Orang ramai yang melihat kenderaan itu meluncur laju panik dan menjerit sebelum ia merempuh sebuah kedai roti.

Baca artikel berkaitan: Hilang rantai emas selepas dipeluk pondan bertatu 10 saat

Menerusi rakaman CCTV, kejadian berlaku ketika pekerja sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan, malah terdapat kanak-kanak berada di dalam kedai semasa ia terbabas.

Kejadian dilapor berlaku begitu pantas, sehingga mangsa tidak dapat berbuat apa-apa.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian dilihat pantas membantu mangsa-mangsa terlibat sejurus kemalangan berlaku dan di bawa ke hospital berdekatan.

Punca kejadian masih disiasat pihak berkuasa.

Maklumat awal mengatakan MPV itu dipandu seorang lelaki dari arah pusat bandar ke Da Nang ke Thanh Khe.

Kenderaan itu dikatakan turut terbabit dalam satu kemalangan berasingan sebelum itu berhampiran persimpangan lampu isyarat Dien Bien Phu – Le Do.

Sementara itu, media tempatan turut melaporkan, Timbalan Pengarah Hospital Da Nang, Nguyen Thanh Trung berkata, pihak menerima enam pesakit termasuk pemandu MPV yang cedera.

“Dua kanak-kanak alami luka, empat orang dewasa patah tulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Thanh Khe, Kolonel Trn Van Tam berkata, pemandu didapati memandu dibawah pengaruh alkohol.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This