TIGA buah rumah penduduk di Desa Motongkad, Sulawesi Utara rosak teruk selepas dihanyut air banjir dalam satu kejadian pada petang kelmarin.
Video tiga buah rumah itu hanyut tular di media Indonesia yang menyaksikan arus deras membawa bersama rumah penduduk.
Memetik laporan Kanalmetro.com, banjir berlaku selepas tambak Sungai Lonsiow runtuh akibat hujan lebat di beberapa kawasan termasuk di Desa Motongkad Utara.
Pemangku Ketua Pusat Data Bencana, Penerangan dan Komunikasi Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari berkata, banjir berlaku pada pukul 3 petang, Ahad.
Baca artikel berkaitan: Enam cedera selepas MPV rempuh kedai roti di Da Nang
Katanya, bencana itu telah mengakibatkan 16 buah rumah penduduk di kawasan terbabit rosak.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan turut dilapor rosak tujuh premis perniagaan milik penduduk,” kata Muhari semalam.
Katanya, kesemua penduduk terlibat telah dipindahkan ke tempat lebih selamat dengan bantuan agensi penguatkuasaan berkaitan.
Pihaknya turut merayu kepada penduduk di kawasan terlibat supaya lebih berwaspada kerana ramalan cuaca pada hari ini kawasan terbabit diramal hujan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

