PerantiSiswa: Lebih 100 syarikat terlbat bida bekal peranti – Annuar

Dari Penulis

LEBIH 100 syarikat terlibat dalam pembidaan bekalan peranti program PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, tender terbuka dilaksanakan agar semua pihak mendapat yang terbaik.

“Kementerian Kewangan dijangka muktamadkan perolehan dalam masa dua minggu lagi,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Baca: ‘Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40!’ – Pensyarah viral

Proses perolehan tender PerantiSiswa masih berjalan – Annuar

Ia bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Annuar baru-baru ini di Dewan Rakyat memaklumkan permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan dibuka bermula pertengahan April ini.

Kata beliau, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti.

“Golongan miskin dan B40 yang pendapatan ibu bapanya tidak melebihi RM4,850 sebulan boleh memohon mendapatkan peranti yang boleh mereka gunakan semasa belajar,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This