Ancaman salmonella, Arab Saudi keluarkan “Kinder Surprise Maxi”

Dari Penulis

PIHAK Berkuasa Makanan dan Ubat-Ubatan Arab Saudi (SFDA) pada Khamis mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan coklat “Kinder Surprise Maxi” menyebabkan keracunan makanan.

SFDA berkata, amaran itu dikeluarkan selepas terdapat laporan sejumlah produk yang dihasilkan di Belgium tersebut berkemungkinan tercemar dengan bakteria salmonella.

Menurutnya, Pusat Amaran Rapid menerima laporan tentang kemungkinan pencemaran dalam coklat Kinder Surprise Maxi dengan nombor kelompok ‘L004L03 dan L005L03-AD’ manakala tarikh tamat tempoh pada 1 Oktober 2022

“SFDA mengesahkan bahawa ia mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan bahawa pasaran tempatan bebas daripada Kinder Surprise Maxi.

“Pengguna tidak seharusnya membeli produk dengan nombor kelompok itu dan menyatakan, bahawa produk itu harus dilupuskan jika sebelum ini dibeli oleh pengguna untuk memelihara kesihatan mereka,” katanya.

Pihak berkuasa menjelaskan, makanan yang tercemar dengan bakteria salmonella menyebabkan dalam kebanyakan kes gejala seperti demam, muntah dan cirit-birit.

Ia juga mengakibatkan sakit kepala dan loya, selain sakit perut dan kekejangan.

Agensi Piawaian Makanan British (FSA) mengumumkan bahawa, 57 orang kebanyakannya kanak-kanak mengalami keracunan makanan akibat jangkitan salmonella yang mungkin terdapat dalam coklat Kinder Surprise.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This