Kes Bella: Hakim, pihak terlibat melawat lokasi kejadian Rabu ini

Dari Penulis

HAKIM dan semua pihak terlibat dalam pendakwaan dan pembelaan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahmad Razali yang didakwa menganiaya dan mengabaikan seorang remaja down sindrom akan melawat lokasi kejadian Rabu ini.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam, Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor yang mewakili Siti Bainun pada minggu lalu untuk ke lokasi tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam keputusannya, Izralizam berkata, mahkamah membenarkan permohonan tersebut bagi mendapatkan gambaran jelas berdasarkan gambar-gambar tempat kejadian yang dikemukakan sebelum ini.

“Adalah wajar untuk saya (mahkamah) pergi dan melihat serta merujuk kepada lokasi, saya akan lebih memahami, walaupun dalam gambaran yang diberi sudah jelas, tapi jika berkesempatan maka saya akan melihat eksibit-eksibit yang dirujuk dalam insiden,” kata hakim itu memetik laporan Kosmo! Online.

Dalam pada itu, hakim tersebut turut berkata, hanya pihak pendakwaan, peguam, saksi dan tertuduh sahaja dibenarkan ke lokasi kejadian.

Turut hadir dalam prosiding hari ini, Ahli Dewan Negara (Wakil Orang Kelainan Upaya) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

BERITA BERKAITAN Disyaki dera empat murid, guru tadika swasta ditahan di Johor

Dalam prosiding minggu lalu, Nur A’minahtul berhujah permohonan itu dibuat bagi mendapatkan gambaran sebenar rumah, selain saiz bilik dobi (laundry room) kerana seperti yang didakwa saksi, kejadian-kejadian banyak dilakukan oleh tertuduh di bilik tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas membantah permohonan peguam itu dengan alasan kes ini sudah berada di peringkat perbicaraan dan bukan dalam siasatan, selain ia tidak akan memprejudiskan kedua-dua pihak.

Sementara itu Nur A’minahtul, dalam satu kenyataan media berkata lawatan ke tempat kejadian di mana Bella dikatakan dianiaya dan diabaikan adalah sangat penting apabila saksi pendakwaan kelima memberikan deskripsi yang tidak boleh dizahirkan melalui gambar-gambar yang dikemukakan di Mahkamah.

Sebelum ini, saksi pendakwaan kelima yang juga bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, dalam keterangannya memberitahu dia diarah oleh Siti Bainun supaya menggigit perut Bella.

Saksi itu berkata, dia bertindak sedemikian kerana Bella tidak mengikut arahan Siti Bainun supaya berdiri di bahagian dobi (laundry) sebuah unit kondominium di Wangsa Maju. Perbicaraan bersambung lagi Rabu ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This