Mahkamah tetapkan 20 Mei sebutan semula kes bunuh Bella

Dari Penulis

MAHKAMAH Majistret Batu Pahat hari ini menetapkan 20 Mei ini sebagai sebutan semula kes seorang lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella, untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip memaklumkan masih menunggu arahan lanjut Pejabat Pendakwaan Negeri Johor kerana terdapat perkembangan baharu daripada polis.

Pada prosiding itu, peguam Syahril Anuar Harun yang mewakili tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 25, memohon tarikh lebih singkat atau sekitar dua minggu kerana sebutan kes untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi telah ditangguhkan dua kali iaitu pada Mac dan April lepas.

Baca artikel lain: Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella

Pada 24 Januari lepas, Mohammad Haikal didakwa membunuh Mila Sharmilah, 32, antara 11 malam 14 Disember hingga 5.30 pagi, 15 Disember tahun lepas, di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar, dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan Bella yang juga ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas didakwa keluar rumah dengan menaiki kereta teman lelakinya untuk ke kedai dobi pada 11.50 malam, 14 Disember tahun lepas.

Pada 19 Januari lepas, polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This