Polis cari kumpulan main meriam karbaid di Bukit Mertajam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS sedang menjalankan siasatan bagi mencari sekumpulan lelaki yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam.

Ia susulan rakaman video berhubung aktiviti tersebut tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, video berdurasi dua minit 20 saat yang tular di Twitter itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam karbaid di tepi jalan raya.

Kata beliau, aktiviti tersebut juga membuat gangguan bising kepada penduduk sekitar.

“Semalam polis mengesan satu video memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam di tepi jalan raya.

“Hasil siasatan awal, kejadian tersebut disyaki berlaku di jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Video tular anggota ambil rasuah di Butterworth, polis jamin tidak berkompromi

Mengulas lanjut, Shafee menasihati orang ramai supaya tidak bermain mercun atau meriam karbaid sempena perayaan Aidilfitri kerana ia merupakan satu kesalahan.

Kata beliau, kesalahan itu berada di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Video yang tular itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang seronok bermain meriam karbaid yang diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) di hadapan deretan rumah kedai.

Ia menunjukkan meriam berkenaan dihalakan ke arah jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Tindakan tersebut turut mendapat kecaman netizen disebabkan boleh mengancam keselamatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This