Bot karam: Lima maut, polis siasat insiden bawah Seksyen 304A KK

Dari Penulis

POLIS akan menyiasat kejadian bot karam berdekatan perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata di Semporna malam tadi mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya akan menjalankan siasatan melibatkan semua aspek insiden tersebut yang mengakibatkan kematian lima penumpang terdiri daripada dua wanita, dua kanak-kanak perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki.

Dalam kemalangan itu, dua kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berumur 7 dan 14 tahun masih hilang, manakala 14 penumpang berjaya diselamatkan orang ramai.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Bot dinaiki kesemua penumpang ini dalam perjalanan dari Kampung Bakung Bakung menuju ke Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Penyelam hilang: Seorang ditemui selamat, tekong bot positif dadah

Sehubungan itu katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Insp Khadijah di talian 019-8718002  atau di balai polis berdekatan.

Mohd Farhan turut menasihatkan pengusaha bot serta pengguna laut lain agar berwaspada dengan mematuhi jumlah muatan penumpang yang dibenarkan serta memakai jaket keselamatan.

Terdahulu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna Komander Maritim Norrimi Hassan berkata lima individu ditemukan lemas apabila sebuah bot pam dipercayai membawa beban lebih muatan karam di kawasan itu.

Dilaporkan bot tersebut membawa 21 orang penumpang.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This