PM ucap selamat Good Friday buat Keluarga Malaysia beragama Kristian

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Good Friday dan Easter, kepada Keluarga Malaysia yang beragama Kristian.

Menerusi catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, Malaysia meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian sebagai sebuah keluarga besar dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Inilah Malaysia…sebuah negara yang unik, harmoni dan silang budaya…Umpama selembar benang, dikait, ditenun dan dijalin, akhirnya menjadi kain yang sempurna indahnya…menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang sejahtera,” katanya.

Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada 17 April.

Baca: Perdana Menteri ucap selamat menyambut Chithirai dan Vaisakhi

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

“Semoga perayaan tahun baharu bagi kaum Malayalee ini, membawa kebaikan dan keamanan di samping mengeratkan hubungan sesama Keluarga Malaysia,” katanya.

Perayaan itu disambut pada hari ini. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This