Shapadu CR Asia berjaya capai sejuta jam masa bekerja selamat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SYARIKAT Shapadu CR Asia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai 1,000,000 jam masa bekerja selamat dalam projek penyelenggaran untuk Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PRefChem).

Ketua Pegawai Eksekutif Minyak dan Gas Kumpulan Shapadu, Syed Saggaf Syed Ahmad berkata, Shapadu CR Asia telah dianugerahkan kontrak penyelenggaraan bagi tempoh lima tahun bermula March 2019 daripada PRefChem.

Ketua Pegawai Eksekutif Minyak dan Gas Kumpulan Shapadu, Syed Saggaf Syed Ahmad (tengah) melayani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Shapadu, Mohd Amin Abas (dua dari kanan) mengambil juadah berbuka puasa sambil diperhatikan oleh Pegawai Pengurusan Kanan Shapadu CR Asia dan PRefChem pada Majlis Sambutan Pencapaian 1,000,000 Waktu Kerja Selamat Shapadu CR Asia dan Iftar Ramadan 2022 di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Katanya, Shapadu CR Asia turut mempunyai pilihan sambungan kontrak selama 5 tahun lagi daripada syarikat tersebut.

“Shapadu CR Asia memulakan tugas pada 18 Disember 2019 dan sehingga 31 Mac 2022, kami berhasil untuk mencapai kejayaan bekerja satu juta jam masa bekerja tanpa sebarang kecederaan.

“Tempoh itu bersamaan dengan dua tahun setengah. Kejayaan ini sememangnya tidak mudah dicapai memandangkan skop kerja kami yang terdedah dengan pelbagai risiko,” katanya.

Sebahagian daripada Pegawai serta kakitangan Shapadu CR Asia dan PRefChem mengambil juadah berbuka puasa pada Majlis Sambutan Pencapaian 1,000,000 Waktu Kerja Selamat Shapadu CR Asia dan Iftar Ramadan 2022 di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Semalam, kejayaan tersebut diraikan dalam Majlis Sambutan 1,000,000 Jam Masa Bekerja Selamat di Lian Hua Hall, Lotus Desaru Beach Resort and Spa, Johor.

Tambah beliau lagi, kerja kerja yang dijalankan mempunyai risiko yang tinggi kerana melibatkan produk petroleum. Walaupun segala kejadian yang tidak diingini boleh dielakkan dengan pematuhan garis panduan yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Minyak dan Gas Kumpulan Shapadu, Syed Saggaf Syed Ahmad (tengah) beramah mesra dengan Pegawai-Pegawai Pengurusan Kanan Shapadu CR Asia dan PRefChem pada Majlis Sambutan Pencapaian 1,000,000 Waktu Kerja Selamat Shapadu CR Asia dan Iftar Ramadan 2022 di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor, hari ini. Turut kelihatan, Area Maintenance Head Residual Fluid Catalytic Cracking Unit (RFCC), Heikal Zulkifli (tiga dari kiri) dan Pengurus Besar Shapadu CR Asia, Rano Ariff Musa (tiga dari kanan) GAMBAR: Abd Razak Aid

“Pihak kami juga sentiasa peka dengan perkembangan tentang peraturan kesihatan dan keselamatan dan sentiasa berhubung rapat dengan pihak PRefChem bagi memastikan segala aktiviti berkaitan keselamatan pekerjaan mendapat perhatian dan sokongan sepenuhnya” katanya.

Sebahagian daripada Pegawai serta kakitangan Shapadu CR Asia dan PRefChem yang hadir pada Majlis Sambutan Pencapaian 1,000,000 Waktu Kerja Selamat Shapadu CR Asia dan Iftar Ramadan 2022 di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This