SEBANYAK 5.3 juta permohonan telah diterima Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kemudahan pengeluaran khas setelah dibuka kepada ahli sejak 1 April hingga pukul 8 malam, Khamis lalu.
KWSP dalam kenyataan memaklumkan, kesemua permohonan itu melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak RM40.1 bilion.
Menurut KWSP, jumlah permohonan yang diterima itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan berkenaan.
Katanya, 55 peratus yang telah memohon merupakan golongan B40 yang berpendapatan kurang daripada RM1,700 manakala 59 peratus permohonan daripada ahli M40 yang mempunyai kelas gaji antara RM1,701 sehingga RM4,900.
“Sebanyak 39 peratus ahli T20 turut membuat permohonan di samping 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif yang memohon bagi pengeluaran khas ini.
“Mengikut jumlah kaum, kaum bumiputera Melayu merangkumi pemohon tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus diikuti Cina pada 12 peratus dan India berjumlah tujuh peratus.
“Baki 17 peratus adalah terdiri daripada kaum bumiputera Sabah dan Sarawak serta bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, KWSP memaklumkan, berdasarkan maklum balas daripada ahli yang memohon kemudahan itu, tiga sebab utama permohonan adalah mengalami pengurangan pendapatan (24 peratus); membantu pasangan atau ahli keluarga terjejas kewangan (23 kewangan) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).
Baca artikel berkaitan: Duit KWSP RM10K, – “Hangpa punya masa depan, hangpa yang tentukan jalan dia. Dah lama dah hang ikat perut.”
Selain itu, sebanyak 40 peratus bertujuan mahu menampung perbelanjaan keperluan asas harian; 26 peratus membayar tunggakan hutang; lapan peratus menambah simpanan dan tujuh peratus mahu membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan.
KWSP berkata, baki 27 peratus adalah untuk tujuan lain seperti membayar pendidikan anak-anak, perbelanjaan lain dan pelaburan.
Dalam pada itu, KWSP berkata, setiap aspek keselamatan telah diambil bagi mengelakkan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab atau scammers daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan ahli.
KWSP turut menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan pengeluaran khas mereka di platform media sosial.
“Berhati-hati apabila mengeluarkan wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dan aktiviti scam,” jelasnya.
Tarikh tutup untuk kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April 2022 dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

