Malaysia bimbang keganasan di Palestin, kutuk serangan Israel – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan keganasan di wilayah Palestin yang dicerobohi Israel.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa, semalam.

Menurut Perdana Menteri, serangan yang berlaku ke atas salah sebuah masjid paling suci bagi umat Islam dan dalam bulan Ramadan yang mulia menunjukkan keganasan berlanjutan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kata beliau, ia juga menunjukkan dasar aparteid yang diamalkan oleh tentera penjajah Israel terhadap hak-hak asasi, kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.

“Mendasari hal ini, Malaysia meminta masyarakat antarabangsa memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik Israel-Palesin yang berpanjangan ini.

“Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan bagi rakyat Palestin selain kemakmuran di rantau Asia Barat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Malaysia kecam tindakan biadab serang Masjid Al-Aqsa

Pada masa sama, Ismail Sabri turut menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram Israel.

“Malaysia juga menyokong rakyat Palestin dan perjuangan merealisasikan aspirasi untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya,” jelas beliau.

Ratusan rakyat Palestin cedera apabila tentera Israel bertindak menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa, awal pagi semalam.

Tentera rejim itu memecah masuk ke kawasan Masjid Al-Aqsa selepas waktu subuh dan menyerang umat Islam yang sedang berada di ruang solat.

Ambulans yang menghampiri kawasan masjid turut dihalang menyebabkan beberapa mangsa yang tercedera terperangkap di dalam masjid.

Tentera itu juga bertindak ganas dan biadap dengan menyerang semua lapisan masyarakat tidak kira wanita, warga emas, kanak-kanak, wartawan serta pengawal masjid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This