PELAKON Puteri Sarah meluahkan rasa kesal apabila rumah tangga terus diganggu anak kepada pelakon senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Malah, Puteri Sarah turut mendedahkan, Ira sanggup menggunakan akaun media sosial palsu semata-mata mahu terus menganggu hubungan bersama suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Lebih perit lagi, Puteri Sarah turut memberitahu jika Ira jugalah antara punca dia dan suami tidak tinggal sebumbung sebelum ini.

“Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya dari 2019 lagi.

“Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula. Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah,” tulisnya di Insta Story.

Tambah Puteri Sarah lagi, sebelum ini dia memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan memperbesarkan isu berkenaan selain mahu menjaga nama baik keluarga.

“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.

“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur.

“Apa yang berlaku sekarang, anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menitipkan pesanan kepada Ira untuk terus berhenti menganggu dia dan keluarganya.

“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung.

“Berhati- hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” luahnya.

Menerusi entri berbeza, Puteri Sarah turut mempersoalkan tindakan tidak masuk akal Ira yang didakwa menganggu suami orang sedangkan dia sudah mempunyai teman lelaki.

“Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kaza? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki kan? Mana pergi semua teman lelaki anda?

“Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.

“Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahu saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” tegasnya.

Sebelum ini , kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah sehinga mendapat perhatian netizen.

Malah, Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan memiliki sepasang cahaya mata.