Hakim Mohd Nazlan buat laporan polis artikel Malaysia Today

Dari Penulis

HAKIM Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat laporan polis berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal berita yang mendakwa beliau disiasat mengenai kemasukan duit ke dalam akaun banknya. 

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan hari ini berkata laporan polis itu dibuat agar siasatan dapat dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan lain-lain peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali./Gambar laman web kehakiman.

Kenyataan itu memaklumkan, artikel itu disiarkan oleh portal Malaysia Today bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ bertarikh 20 April. 

“Satu laporan polis telah dibuat oleh Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menafikan tuduhan-tuduhan palsu, tidak berasas serta berniat jahat itu, yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan dan mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman,”  menurut kenyataan itu seperti dilapor Bernama.

Baca: Laporan polis dibuat kes fitnah PM

Pejabat itu memandang serius tuduhan serta komen sedemikian, dan mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap badan kehakiman bertujuan mengganggu gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan, adalah satu pelanggaran prinsip sub judice

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mendapatinya bersalah menyeleweng dana SRC berjumlah RM42 juta.

Kes itu kini di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This