Hadiah kemenangan S.O.G & Shila Amzah menerusi Seikhlas Hati

Dari Penulis

KEMENANGAN kumpulan S.O.G dan Shila Amzah dalam menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang lalu benar-benar berjaya membuka mata pemain muzik tanah air.

Kejayaan mereka sekaligus meletakkan satu ‘benchmark’ kepada muzik indie yang semakin berkembang seiring dengan muzik-muzik ‘mainstream’ yang ada.

Pengikut muzik indie ini juga tidak kurang ramainya dan boleh membantu menaikkan ekonomi muzik tanah air.

Oleh kerana kehangataan kemenangan mereka masih lagi membara, Media Prima mengambil langkah dengan bekerjasama bersama S.O.G dan juga Shila Amzah dalam menerbitkan sebuah lagu baharu yang menjadi lagu tema untuk raya tahun ini.

Lagu ini dicipta oleh Raja Nazmin Shah manakala liriknya pula dicipta oleh Shila Amzah dan dinyanyikan oleh S.O.G dan Shila Amzah sendiri.

Seiring dengan tema kempen Ramadan dan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu #SeikhlasHati, lagu yang dicipta itu juga menggunakan tajuk yang sama iaitu ’Seikhlas Hati’.

Menerusi lirik lagu itu juga, ia mengajak kita untuk saling bermaafan dan di kesempatan itu untuk kita terus memberi dengan seikhlas hati.

Pastinya masih lagi mengekalkan genre muzik S.O.G yang sama, lagu raya ini benar-benar memberi kelainan jika dibandingkan dengan lagu raya yang sedia ada.

Menurut penyanyi S.O.G dan komposer lagu Seikhlas Hati Raja Nazmin Shah, mereka berbesar hati menerima pelawaan pihak Media Prima untuk menghasilkan sebuah lagu tema Aidilfitri.

“Kolaborasi S.O.G dan Shila Amzah untuk menjayakan kempen Seikhlas Hati menerusi judul lagu yang sama telah membuahkan hasil yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat.

“Kami sangat berbesar hati untuk menerima lamaran ini tambahan pula pihak Media Prima memberikan kebebasan untuk berkarya mengekalkan identiti muzik S.O.G dalam lagu ini.

“Kami berharap agar lagu ini dapat diterima dengan lebih meluas kerana lirik lagu yang ‘catchy’ dan rentak lagu yang rancak pasti menjadi siulan orang ramai di musim perayaan nanti,” katanya.

Lagu Seikhlas Hati merupakan edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di Youtube bermula 18 April lalu.

Manakala muzik video mula di tayangkan di Youtube TV3Malaysia pada 20 April, 9.00 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This