KERAJAAN sedang membincangkan kelonggaran tiga perkara utama dalam prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga perkara utama itu melibatkan pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera setiap kali memasuki premis serta ujian pengesan COVID-19.
Katanya, perkara itu masih dalam penilaian dan perbincangan di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kita akan umumkan nanti…berita baiklah, bila longgar mesti rakyat gembira. Mungkin kita akan tengok dari segi mask (pelitup muka), jadi KKM akan melihat dari segi pro dan kontra mengenai itu.
Baca artikel berkaitan: PM lawat Bella, umum penubuhan jkuasa khas Kabinet lindungi golongan rentan
“Dari segi MySejahtera pula, perlu atau tidak untuk mengimbas di mana-mana premis, manakala di lapangan terbang, bila balik sama ada perlu atau tidak membuat ujian PCR (tindak balas rantai polimerase masa nyata) atau RTK Antigen (Kit Ujian Pantas Antigen). Perkara ini KKM sedang berbincang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke sebuah rumah kebajikan di Seremban hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga mengambil pandangan kerisauan rakyat sekiranya SOP terlalu longgar.
Semalam, media melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata lebih banyak kelonggaran SOP dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

