YBR sumbang RM20,000 kepada 200 fakir dan anak-anak yatim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan RM20,000 kepada 200 penerima bantuan golongan B40 dari Parlimen Sabak Bernam.

Ahli Lembaga Pemengang Amanah YBR, Datuk Abd. Rahman Bakri berkata, seramai 1,000 tetamu termasuk penerima sumbangan tersebut turut diraikan dalam satu majlis berbuka puasa semalam.

Abd. Rahman berkata, beliau berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah memandangkan kerajaan telah memberikan kebenaran untuk pulang ke kampung.

“Saya berharap agar warga kota yang pulang ke kampung halaman dapat mengambil rehat yang secukupnya sebelum mula memandu ke destinasi masing-masing.

“Ini kerana, kebanyakan punca-punca kemalangan adalah dari kerana keletihan, pemandu yang tidak cukup rehat dan mengantuk,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel berkaitan: 2,200 murid di Gombak, Damansara terima bantuan persekolahan YBR

Mengulas lanjut, Abd. Rahman turut mengajak seluruh penduduk Parlimen Sabak Bernam untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Sabak Bernam pada 28 Mei nanti.

Terdahulu, Abd. Rahman turut hadir ke program Bubur Lambuk di Kampung Tebuk Tengah, Banting dan Sabak Bernam pada petang semalam.

Sebanyak 6400 bungkusan bubur lambuk telah diedarkan di sekitar Parlimen Sabak Bernam.

Turut hadir sama dalam program itu adalah Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR,
Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This