Setia kepada parti tidak sama dengan setia pada individu – Annuar Musa

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kesetiaan kepada parti tidak boleh disamakan dengan kesetiaan kepada individu.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, ada pihak yang menganggap kesetiaan kepada parti perlu dizahirkan dengan setia pada individu tertentu.

“Mana-mana individu yang melakukan kesilapan dan perlakua yang menyalahi roh, matlamat serta semangat perjuangan parti tidak boleh menuntut kesetiaan ahli parti.

“Begitu juga teguran kepada individu atau perlakuan tertentu, bukan satu perlakuan tidak setia kepada parti.

“Sering parti dijadikan perisan tindakan peribadi sedangkan parti tidak boleh diurus sebagai hak peribadi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca artikel berkaitan: PasLeaks: Jika betul sekali pun, ia bukan luar biasa – Annuar Musa

Mengulas lanjut, Annuar berkata, tindakan membelakangi mandat dan membohongi parti adalah tanda jelas tidak setia kepada parti.

Tambah beliau, percubaan mempertikaikan kesetiaan sahabat seperjuangan juga adalah tindakan yang akan menanam kebencian antara ahli yang akhirnya akan melemahkan parti.

“Pendek kata, kalau pun jasa tidak mahu dikenang, setiakawan mahu disalah erti, usah soal setia mahu dibacarakan.

“Usah menikam dalam senyuman,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This