PM ziarah, hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Banting

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dua minggu lalu.

Dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri turut berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

“Peristiwa ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila salah sebuah keluarga turut kehilangan insan tersayang, iaitu anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran.

“Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.

Baca artikel lain: UtusanTV tiada kaitan dengan mana-mana portal, syarikat guna nama UTUSAN

“Saya mendoakan agar kedua-dua keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam kejadian tersebut, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.44 pagi, sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.

Katanya, kebakaran melibatkan tiga unit rumah jenis Kelas B berkeluasan kira-kira 15 x 70 kaki persegi setiap satu, dengan tahap kemusnahan mencecah 90 peratus bagi setiap unit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This