Pusat hiburan diserbu, 166 individu dikompaun RM1,000 seorang

Dari Penulis

LEKA berhibur sampai lupa prosedur operasi standard (SOP), sebanyak166 individu termasuk pekerja dan pengunjung pusat hiburan terima padah dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Kesemua mereka diserbu polis dalam satu operasi di Taman Ekoflora dekat Setia Indah, Johor Bahru lewat malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bersama polis daerah Johor Bahru kira-kira 11.30 malam.

Katanya, seramai 166 orang individu berusia di antara 20 hingga 45 tahun didapati telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (Fasa Peralihan Endemik).

“Sebanyak RM166,000 kompaun telah dikenakan di bawah Peraturan (17) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Seorang rentung Persona terbakar dekat Sunway Pyramid

Tambahnya, salah seorang pengunjung premis juga telah ditahan kerana menghalang kerja polis semasa menjalankan tugas dan akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, polis johor menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sekiranya terdapat pengusaha premis yang ingkar akan SOP terbabit, tindakan tegas akan dikenakan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan Polis Kontinjen Johor di talian 07-2254074.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This