Inteam Digital serikan Nuzul Quran dengan Suwaru Fil Quran

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BULAN Ramadan merupakan bulan diturunkan Al-Quran kepada umat Islam. Pada setiap 17 Ramadan, umat Islam akan meraikan hari Nuzul Al-Quran sempena memperingati peristiwa agung ini.

Inteam Digital tidak ketinggalan untuk mengajak orang ramai mengingati Nuzul Al-Quran dengan menerbitkan single terbaru berjudul Suwaru Fil Quran (Surah-surah di dalam Al-Quran).

Single terbaru ini menampilkan dua anggota daripada kumpulan Zayne iaitu Mateen dan Naufal serta penampilan istimewa Qari dari Inteam Digital iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz.

“Tujuan lagu ini dihasilkan ialah bagi mengajak pendengar menghafal serta mengingati 114 nama-nama surah di dalam Al-Quran sempena Nuzul Quran ini” ujar Ustaz Khairul Anuar.

“Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Nadamurni, kemudian dirakam semula oleh kumpulan Adikku Sayang, dan kini kami rasa bertuah kerana turut berpeluang menyanyikan lagu zaman kanak-kanak kami,” kata Mateen.

“Alhamdulillah, sesi rakaman suara dan penggambaran video muzik bagi lagu ini berjalan lancar dan kami tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Kini ia boleh didengari di seluruh platform muzik digital dan ditonton di rangkaian Youtube Inteam Digital,” tambah Naufal.

Single Suwaru Fil Quran telah dilancarkan di dalam sebuah majlis kesyukuran dan ifthar oleh pihak Inteam Digital.

Ia turut disertai acara penganugerahan selebriti paling tinggi strim digital dan tontonan di Youtube di bawah label Inteam Digital kepada Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz selaku penyandang gelaran tersebut.

Untuk rekod, Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz telah merakamkan 30 juzuk penuh bacaan Al-Quran secara murattal di bawah Inteam Digital beberapa tahun lalu dan rakaman tersebut telah mendapat kelulusan bahagian kawalan dan semakan Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This