“Lebih baik jaga anak daripada jaga hati sendiri…,” – Fizi Ali

Dari Penulis

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali kini meletakkan fokus utamanya untuk membesarkan anak perempuannya, Ameena Sofia selepas empat bulan bercerai dengan bekas isteri, pelakon Shakila Khoriri.

Fizi atau nama sebenarnya, Hafizudin Alimudin, 33, mendedahkan dirinya masih bersedih apabila mengenangkan anaknya yang masih kecil selain akan merindui puteri tunggalnya setiap kali dia tiada di sisinya.

“Apabila cerita tentang perkara ini saya terbayang muka Ameena.

ARTIKEL BERKAITAN : Fizi Ali, Shakilla Khoriri dah bercerai

“Orang nampak saya gembira tapi sebenarnya sakit yang mendalam,” ujarnya kepada URTV.

Malah, Fizi dengan nada sebak menceritakan kembali pertanyaan anaknya yang mempersoalkan mengapa dia dan bekas isterinya tidak tinggal sebumbung.

“Kadang-kadang dia tanya juga, daddy pergi mana? Kenapa tak duduk dengan Ameena?

“Kena kuatlah untuk bagitahu dia kan. Saya harap bila dia dah besar nanti dia akan fahamlah tentang perkara ini,” katanya lagi.

Fizi ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan video muzik (MV) anjuran Radio Suria FM berjudul Pelukan Aidilfitri di Hotel Eastin Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Dalam pada itu, Fizi juga tidak terfikir untuk kembali rujuk dengan bekas isteri sekali gus menutup pintu hatinya untuk wanita lain buat masa ini.

Ketika ini dia hanya memikirkan tentang nasib dan kasih sayang yang diperlukan anaknya berbanding memikirkan soal perkahwinan.

“saya memang tak sedia lagi lah mengenangkan apa yang terjadi ini kan.

“Untuk masa sekarang ini, biarlah saya begini dan bekas isteri saya begitu.

“Yang penting kita jaga anak betul-betul daripada kita jaga hati kita.

“Hati kita tolak jauh-jauh. Paling penting anak dapat kasih sayang daripada bapa dan emaknya.

Fizi juga mengatakan sambutan Aidilfitri pada tahun ini terasa kosong dan dia tidak membuat sebarang persiapan kerana masih sedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga dan dirinya.

Untuk rekod, Fizi mendirikan perkahwinan dengan Shakila pada 18 Februari 2018 namun Disember tahun lalu pasangan ini mengumumkan sudah bercerai.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This