KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pemakaian pelitup muka ketika berada di luar bangunan (outdoor) tidak lagi diwajibkan kepada orang ramai.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu diputuskan berdasarkan risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.
“Ini mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.
“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan.
“Ini terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar Ramadan, pasar malam, stadium,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Baca artikel berkaitan: Omicron masih ‘penyakit’ yang serius – Khairy
Dalam pada itu, Khairy turut berkata, imbasan kod MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis bermla 1 Mei.
Begitupun, beliau berkata, orang ramai masih perlu mengaktifkan fungsi MySJTrace untuk tujuan pengesanan kontak.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

