KMDI Harta sasar tingkat modal operasi kepada RM400 juta

Dari Penulis

KMDI Harta Bhd baru-baru ini melantik Citadel Trustee Bhd sebagai pemegang amanah syarikat dalam usahanya meningkatkan saiz modal operasi kepada RM400 juta.

Pengarah Urusan KMDI Harta, Datuk Azjuriyahti Azlan berkata pelantikan Citadel Trustee juga adalah sebagai salah satu langkah ke arah penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia Securities Bhd. 

“Dalam masa terdekat juga KMDI akan melantik penasihat syariah bagi memperkemaskan memorandum maklumat (IM) yang akan dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan baru-baru ini. 

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Azjuriyahti yang mewakili KMDI Harta dan Ketua Pegawai Eksekutif Citadel, Amir Mokhtar sambil disaksikan Pengerusi Kumpulan KMDI Bhd, Datuk Seri Zailan Abdul Ghapar.

Azjuriyahti berkata modal operasi syarikat yang ditingkatkan akan digunakan dalam aspek pembinaan rumah mampu milik dan komersial, perlombongan sumber mineral, pembinaan kilang kenaf serta usaha sama antara syarikat itu dalam aspek pengeksportan bahan mentah.

“KMDI dijangka mencapai perolehan nilai jualan dari sektor perumahan, perlombongan, ladang kenaf serta eksport bernilai RM1 bilion menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan anggaran perolehan yang telah disasarkan, KMDI akan mula menerbitkan saham syarikat menjelang pertengahan Mei tahun ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This