Ibu bapa dibenar melawat anak di sekolah asrama, pulang bermalam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) membenarkan ibu bapa untuk melawat anak-anak yang berada di sekolah berasrama penuh selaras dengan ketetapan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung beberapa lagi kelonggaran semalam.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin berkata, pihaknya juga membuat ketetapan untuk membenarkan murid di sekolah berasrama untuk outing atau pulang bermalam.

Menurut beliau, ketetapan tersebut adalah sama seperti mana sebelum penularan pandemik COVID-19.

“Ramai ibu bapa yang bertanyakan bila boleh melawat anak-anak di asrama, sebelum ini tidak dibenarkan, hantar barang pun di depan pagar sekolah.

“Sekarang, apabila ketetapan baharu berkuat kuasa, kita benarkan ibu bapa menghantar barang atau melawat anak-anak mereka di asrama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas disiarkan di Facebook KPM, hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi memaklumkan, keputusan rayuan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 boleh mula disemak, esok.

Baca artikel berkaitan: Kehadiran ke sekolah diwajibkan, boleh makan di kantin

Pada masa sama, kata beliau, pendaftaran fizikal ke sekolah asrama bagi murid Tingkatan 1 dan 4 pula ditetapkan pada 13 hingga 16 Mei ini sebelum sesi persekolahan bermula pada 17 Mei.

Beliau berkata, KPM memberi ruang lebih panjang kepada ibu bapa untuk memilih mana-mana masa sesuai menghantar anak mereka dalam tempoh berkenaan.

“Murid Tingkatan 1 yang telah diterima kasih ke asrama tetapi masih melaksanakan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), perkara ini selalu ditanyakan ibu bapa kepada KPM.

“Jadi, ingin saya umumkan, tarikh pendaftaran secara fizikal bagi sekolah khusus untuk Tingkatan 1 dan 4 adalah 13 hingga 16 Mei ini.

“Ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka dalam tempoh tersebut, kita beri ruang lebih panjang untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa membuat persiapan dan persediaan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This