Pelajar Tingkatan Lima ditahan cucuh dada junior dengan puntung rokok

Dari Penulis


GARA-gara menolak arahan seniornya untuk menghisap rokok, seorang pelajar Tingkatan Satu melecur di dada selepas dicucuh rokok di bahagian dadanya di sebuah sekolah di Bentong, kelmarin. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian itu berlaku pada tengah malam di dalam tandas asrama sekolah terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian selepas berasa marah ekoran mangsa tidak menuruti arahannya untuk menghisap rokok. 

Baca: Deretan 8 buah kedai runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

“Susulan kejadian itu, mangsa telah memaklumkan kepada warden asrama dan dibawa ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan. 

“Mangsa mengalami kecederaan di dada dan terdapat kesan lecuran puntung rokok,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. 


Ekoran itu katanya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis sebelum pihak polis menahan suspek berusia 17 di asrama sekolah terbabit pada semalam. 

Beliau menambah, pihaknya sedang menjalankan siasatan selain akan menemubual beberapa saksi serta mengesan kemungkinan terdapat suspek serta mangsa lain terbabit dalam kejadian itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun, denda dan sebatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This