MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) mendoakan badan kehakiman di bawah kepimpinan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat meneruskan usaha mendaulatkan undang-undang negara.
Pengerusi Biro Politik MPM, Shahbudin Embun berkata, sehubungan itu pihaknya merakamkan sokongan kepada Tengku Maimum dan seluruh badan kehakiman dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Pihak kami juga mengalu-alukan ucapan jitu dan secara profesional oleh Ketua Hakim Negara pada semua warga badan kehakiman.
“Semoga terus mempertahankan integriti dan kuatkan semangat serta melaksanakan tugas tanpa gentar dan memilih serta mengikut kedaulatan undang-undang dan menjunjung Perlembagaan demi Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca: Kritikan terhadap badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan – Tengku Maimun
MPM sokong SPRM teruskan siasatan kes hakim Mohd. Nazlan tanpa gangguan
Menerusi kenyataan itu, Shahbudin mengingatkan kritikan tanpa asas dan fitnah yang dilemparkan ke atas badan kehakiman kebelakangan ini boleh menghakis kepercayaan rakyat pada institusi penting negara.
Katanya, amat malang sekali apabila ada dalam kalangan ahli politik dan warga maya yang menyerang badan kehakiman secara melulu ke tahap fitnah.
Menurut beliau, selain itu, kadang kala fakta yang diberi adalah tidak tepat, palsu dan berbentuk dengar cakap saja.
“Perbuatan ini boleh mencalar akan kewibaan badan kehakiman dan juga menghakis kepercayaan rakyat pada institusi terpenting dalam pentadbiran negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.
“Jika salah satu dari cabang ini tempang maka pentadbiran negara akan kucar kacir dan MPM bersetuju dengan pendapat Tun Tengku Maimun bahawa badan kehakiman adalah barisan pertahanan terakhir dalam Demokrasi Berperlembagaan yang kita amalkan,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

