MPM sokong SPRM teruskan siasatan kes hakim Mohd. Nazlan tanpa gangguan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan segera berhubung kes hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali tanpa gangguan mana-mana pihak.

Menurut Pengerusi Biro Politik MPM, Shahbudin Embun, siasatan daripada badan penguatkuasa perlu untuk mengelakkan netizen daripada membuat komen di media sosial.

Jelas beliau, perkara itu boleh di lihat seolah-olah menjadikan media baru sebagai medan mahkamah di mana mereka memainkan peranan penyiasat, pendakwa dan juga hakim.

“Persoalan tentang hakim tidak boleh disiasat oleh agensi penguatkuasaan adalah tidak munasabah. 

“SPRM dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diberikan mandat untuk menyiasat kes kesalahan jenayah. 

“Terdapat beberapa kes di mana hakim, yang ditakrifkan oleh undang-undang sebagai ‘pegawai badan awam’ pernah disiasat dan didakwa atas pertuduhan rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: MPM gesa pimpinan politik utamakan negara

Mengulas lanjut, Shahbudin berkata, Mohd. Nazlan juga telah memfailkan laporan polis terhadap dakwaan yang telah dibuat oleh sebuah portal tempatan. 

Jelas beliau, perkara itu menunjukkan Mohd. Nazlan percaya dan yakin terhadap agensi penguatkuasa untuk menyiasat perkara tersebut. 

“Jika beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, nescaya tiada tindakan selanjutnya akan dilalukan terhadap beliau hasil daripada siasatan oleh SPRM. 

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri telah menyatakan di Parlimen bahawa beliau tidak berkompromi dan tidak masuk campur terhadap semua proses pengadilan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This