Kisah peperangan antara tentera pimpinan Raja Talut menentang Raja Jalut diceritakan dalam surah al-Baqarah ayat 246-252.

Raja Jalut digambarkan seorang raja yang kejam. Tubuhnya lebih besar daripada manusia biasa, menyebabkan dia digeruni. Tidak ada seorang pun tentera Talut yang berani ke depan untuk melawan Jalut yang bertubuh besar itu.

Ketika itulah muncul seorang anak muda, ada yang mengatakan usianya ketika itu baru 9 tahun. Dengan tubuhnya yang kecil dan kalimah Allah yang sentiasa di bibir, senjata yang digunakan anak muda itu hanyalah lastik dan batu.

Hanya sekali lontar, kekuatan batu yang dilastik anak muda itu melayang tepat mengenai dahi Jalut membuatkan raja itu jatuh tersungkur dan mati.

Kisahnya dalam video di atas.