SEBANYAK 831,523Â atau 23.4Â peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,528,733 atau 43 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,893,112 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,991,223Â atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Baca artikel berkaitan: Lebih 20 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19
Sejumlah 16,032,860 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,966,843 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,243,191 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 38,581 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 10,692 dos pertama, 24,862 dos kedua dan 3,027 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,274,130.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, enam kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes di Selangor, manakala masing-masing satu kes di Perak, Sabah dan Terengganu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

