Aidilfitri lebih bermakna biarpun ‘tersekat’ di lebuh raya

Dari Penulis

SEMALAM Sis terdengar seorang mak cik tanya kat mana nak beli lampu lip lap nak gantung kat luar rumah. Berderet nanti rumah dihiasi lampu warna-warni menyala di pagar rumah walaupun semua orang sudah balik kampung.

Setelah 2 tahun beraya di rumah, kini rakyat Malaysia dah boleh merentas sempadan dan meluangkan masa bersama keluarga di negeri lain. Jadi, tak terbayanglah Sis betapa banyaknya kereta di lebuh raya nanti – sebenarnya sekarang pun kereta dah banyak.

Sis baru sahaja pulang dari Sungai Petani Isnin lepas dan apa yang dapat dilihat ketika itu buat Sis tabik kepada rakan-rakan yang menyambut 1 Syawal.

Baru hari Isnin, kereta sudah pun beratur panjang menghala ke destinasi, tak sabar sampai kampung sambut Aidilfitri.

Seramai 14 juta rakyat Malaysia dijangka balik kampung tahun ini selepas sekatan dilonggarkan. Bayangkanlah hampir separuh daripada manusia yang duduk di negara ini akan mulakan – ada yang dah mula – perjalanan mereka seawal hari Isnin lepas.

Ada yang dah balik dua minggu awal sebab tahu betapa teruknya ‘jem’ nanti. Syarikat penerbangan pun banyak menggalakkan penumpang untuk beli tiket awal sebab dorang tahu nanti susah nak dapat kalau beli lambat-lambat. Tambah lagi dengan potongan  30% harga tiket.

Yang terbang semua, tak apa lah tak payah nak meredah perjalanan atas darat. Mana yang akan naik bas, kereta api atau kereta, sedialah bantal untuk letak di atas kerusi, confirm punggung korang akan kebas.

Mana yang sudah sampai, sujud syukur dan mana yang baru sahaja nak bertolak sama ada hari ini, esok atau hari Isnin, ingat untuk berehat selalu. Sekurang-kurang selepas 2 jam, berhentilah stretching dahulu sebelum sambung sebab kita tak tahu betapa penatnya kita nanti.

Sis ingat dulu, sebelum pandemik, Sis nak menghala pulang dari Sungai Petani. Sis nak singgah rumah kawan ayah Sis di Ipoh sebelum balik rumah. Perjalanan 4 jam jadi 12 jam.

Masa itu tak tahu lah kenapa banyak sangat kereta, kereta bergerak paling laju 11km sejam. Terutamanya kat Terowong Menora. Kereta bergerak sangat perlahan sampai semua orang dah fed up. Ada yang bosan sangat sampai berborak dalam Waze bagi teka-teki lah, apa lah.

Bayangkan lah masa tu dah maghrib, gelap-gelap berjalan tepi lereng bukit kat Perak, dengan line internet ada…tak ada.

Kami tiba di rumah kawan Ayah Sis tu pukul 10 malam walaupun janji dengan mereka kami akan tiba lepas Asar. Semua dah melekit-lekit, muka penat dalam baju raya yang dipakai sejak pagi. Kami sampai rumah di Shah Alam pukul 2 pagi.

Sudah timbul satu kerisauan sebab dijangka sebanyak 1.4 juta kenderaan akan masuk ke Kedah dan Sis tahun ini raya di sana. Kalau benda itu terjadi tahun ini, mungkin Sis tak akan berasa sakit hati, tetapi berasa lega tengok ramai dah ada balik semangat untuk balik kampung walaupun sakit-sakit badan menanti.

Dulu kita tak heran pun nak raya kat kampung, tapi sekarang, definisi ‘balik kampung’ ada aura yang lain pada tahun 2022.

Sis tengok tahun ini ramai mempunyai semangat Raya yang kuat, mungkin sebab sudah lama tak menyambut 1 Syawal dengan penuh kebebasan.

Sebelum ini, kita bangun tidur dan bersiap sedia untuk pagi Raya tapi tahun ini kita bangun tidur dengan semangat Raya – dengan angin yang lain.

Aidilfitri ini mungkin satu titik permulaan untuk kita semua kembali kepada kehidupan sebelum Covid-19.

Jadi, di sini, mula lah perjalanan kita ke arah habitat semula jadi Malaysia dan perjalanan itu termasuklah ‘jem’ sampai 5-6 jam.

Untuk kawan-kawan Sis yang pulang ke Sabah, Sarawak, atau akan mengharungi perjalanan yang panjang, harap semuanya dipermudahkan.

Marilah kita’tersekat’ di lebuhraya sama-sama tetapi kali ini, dengan lebih bermakna.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

  • Penulis adalah graduan kewartawanan UiTM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This